Najib ucap takziah - Utusan Malaysia

Najib ucap takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah, hari ini.


“Innalillahiwainnailaihirajiun. Merafak sembah takziah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, keluarga, ahli-ahli kerabat Diraja dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah.


“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.


Memuatkan artikel berkaitan…

Almarhum dilaporkan mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.


Jenazah Almarhum telah dibawa dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Istana Negara kira-kira pukul 11 pagi tadi bagi urusan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini