Piala Dunia 2022 tak jadi 48 pasukan? - Utusan Malaysia

Piala Dunia 2022 tak jadi 48 pasukan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA 19 Mei – Penganjur Piala Dunia 2022, Qatar berkata, tiada sebarang desakan dibuat untuk negara itu melangsungkan pertandingan bolasepak terbesar di bumi tersebut melibatkan 48 pasukan.

Sebaliknya format asal 32 pasukan masih terus kekal setakat ini walaupun tekanan untuk melaksanakannya kian memuncak menjelang keputusan terakhir yang akan diumumkan di Paris pada awal bulan depan.

“Keputusan akan dibuat antara FIFA dan Qatar. Jika keputusan sudah dicapai sekali pun, ia masih bergantung kepada kesediaan dan pertimbangan kami dalam menilai faedah jika jumlah pasukan ditambah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kami mendapati tiada faedah akan diperoleh atau ia menjadi lebih negatif berbanding positif, keputusan kami adalah kekal dengan 32 pasukan,’ kata setiausaha agong Jawatankuasa Pelaksanaan dan Legasi Qatar, Hassan al-Thawadi.

Pertambahan jumlah pasukan jika berlaku pastinya memerlukan negara lain untuk menjadi penganjur bersama bagi membantu memandang Qatar yang tidak mempunyai stadium yang mencukupi.

Negara seperti Arab Saudi dan UAE atau yang berdekatan dengan Qatar dijangka mampu menyelesaikan masalah kepada pertambahan jumlah pasukan yang bertanding pada pusingan akhir itu nanti.

“Katakan ia bertambah, (satu kajian) kemungkinan ia dianjurkan di negara lain juga tetap ada. Kita akan mengambil kira sebarang kemungkinan yang berlaku sehingga keputusan muktamad dicapai dan diumumkan bulan depan,” tambah al-Thawadi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini