Kementerian Pengangkutan beri kelonggaran peroleh lesen PSV - Utusan Malaysia

Kementerian Pengangkutan beri kelonggaran peroleh lesen PSV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan sedia memberi kelonggaran masa buat pemandu perkhidmatan e-hailing menghabiskan kursus enam jam bagi mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Antara perkara yang dipermudahkan ialah membolehkan pemandu e-hailing menjalani kursus dalam talian dan tidak perlu ke kelas, diberi masa anjal menghabiskan kursus selama enam jam secara berperingkat serta satu jam peperiksaan ujian berkomputer.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sedia ke lokasi dipilih operator e-hailing di seluruh negara bagi mengendalikan kursus enam jam yang ditetapkan kepada pemandu e-hailing itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas merasmikan MyRailtime, sebuah aplikasi di telefon pintar berbentuk perancang perjalanan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi menyediakan maklumat tepat waktu berlepas, ketibaan serta kelewatan perkhidmatan tren untuk rujukan orang ramai di KL Sentral di sini hari ini.

Anthony menambah, kelonggaran itu bagi mempermudahkan pemandu e-hailing dan pihaknya sedia bekerjasama dengan operator bagi menganjurkan kursus enam jam tanpa memaksa pemandu menghadiri kelas secara fizikal. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini