Valverde kekal bersama Barcelona - Utusan Malaysia

Valverde kekal bersama Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Mei – Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu memberi jaminan bahawa pengurus kelab berkenaan, Ernesto Valverde akan kekal bagi musim 2019-20 biarpun tersingkir dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Keputusan tersebut sekali gus menamatkan tanda tanya berhubung status Valverde yang kini bakal berdepan dua tugasan penting iaitu memburu gelaran Copa del Rey serta La Liga.

“Perancangan untuk musim depan sudah berjalan seperti yang dirancangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa pemain sudah ditandatangani dan kami akan terus mengadakan perbincangan selepas final (Copa) dan buat masa ini dia adalah pengurus yang kami mahukan.

“Apa yang penting kini adalah memikirkan soal bagaimana untuk memulihkan semangat pemain selepas mereka dilanda kekecewaan besar,” kata Bartomeu.

Sebelum ini timbul khabar angin beberapa nama seperti bekas pemain, Ronald Koeman, dan jurulatih Ajax, Erik ten Hag dikaitkan bakal menggantikan Valverde namun Bartomeu menegaskan kedudukan pengurus Barcelona itu tidak terancam biarpun pasukannya tewas dalam aksi Copa del Rey menentang Valencia pada 26 Mei ini.

“Objektif utama kami ialah liga dan kami juga mahukan Copa del Rey atau Liga Juara-Juara.

“Musim ini adalah musim yang hebat, kami telah memenangi La Liga dengan baki banyak perlawanan lagi dan ini yang kami mahukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini