Polis dan Imigresen gempur Venice Hill - Utusan Malaysia

Polis dan Imigresen gempur Venice Hill

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Sebanyak 63 warga asing ditahan dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah Khas dijalankan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bersama Jabatan Imigresen Malaysia di Venice Hill, Cheras, dekat Kajang awal pagi tadi.

ANTARA warga asing yang ditahan dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah dijalankan di sekitar Venice Hill, Cheras, Kajang malam tadi. – Ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, operasi yang bermula kira-kira pukul 11 malam semalam itu disertai 198 pegawai dan anggota dari IPD Kajang dan Imigresen Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi itu dibuat selepas kita menerima aduan daripada masyarakat di sekitar kawasan tersebut yang bimbang dengan keselamatan mereka.

“Dalam operasi selama lima jam itu, pecahan warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Nigeria (48), Thailand (11), Filipina (2), masing-masing satu Vietnam dan kanak-kanak lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, kesemua tangkapan melibatkan kesalahan di bawah Akta Imigresen (35), parcel/love scam (21) dan Akta Dadah Berbahaya (7). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini