PPZ-MAIWP, McDonalds santuni 500 anak yatim - Utusan Malaysia

PPZ-MAIWP, McDonalds santuni 500 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) menyantuni 500 orang anak yatim daripada 10 rumah kebajikan terpilih di ibu negara dalam satu majlis berbuka puasa.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Syukri Yusoff berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif penganjuran majlis itu, lebih-lebih lagi umat Islam amatlah digalakkan untuk bersedekah dan seboleh-bolehnya menambah amal dan ilmu pada bulan Ramadan.

“Program ini juga untuk mengeratkan ukhwah antara PPZ-MAIWP dengan McDonald’s Malaysia melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai tanda keprihatinan kepada insan kurang bernasib baik dengan budaya bersedekah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“McDonalds Malaysia merupakan pembayar zakat perniagaan di PPZ-MAIWP dengan menerima skim wakalah dengan pembayar zakat akan mengagihkan sendiri kepada asnaf yang layak,” katanya dalam Majlis Iftar Bersama Anak Yatim di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju dekat sini hari ini.

Anak-anak yatim itu turut menerima sumbangan duit raya dan cenderahati daripada pihak penganjur.

Yang turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengurus Besar RMHC, Mohd. Nasri Mohd. Nordin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini