977 pelajar terima biasiswa - Utusan Malaysia

977 pelajar terima biasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seramai 977 pelajar di daerah ini menerima Biasiswa Sekolah Menengah Negeri Pahang di Dewan Majlis Daerah Jerantut hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, sebanyak RM300 diberikan kepada setiap pelajar melalui peruntukan Yayasan Pahang dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar. 

“Ini bukti kerajaan negeri sangat prihatin dengan kebajikan pelajar bagi meringankan beban ibu bapa untuk menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri akan terus menghulurkan bantuan melalui Yayasan Pahang agar golongan yang memerlukan mendapat manfaatnya,” katanya yang mewakili Menteri Besar Pahang hari ini. 

Turut hadir pada majlis penyerahan biasiswa itu ialah Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan ADUN Damak, Zuridan Mohd Daud. 

Nazri yang juga ADUN Pulau Tawar memberitahu, pelajar perlu menggunakan wang biasiswa itu untuk membeli kelengkapan untuk belajar dan bukannya membazir sesuka hati. 

“Saya harap mereka manfaatkan bantuan ini untuk menjana kecemerlangan dalam pendidikan sekaligus mengharumkan nama negeri Pahang di peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini