Malaysia sah keluar dari senarai Statut Rom - Utusan Malaysia

Malaysia sah keluar dari senarai Statut Rom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Malaysia menerima pengesahan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penarikan diri daripada instrumen penyertaan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kelmarin.

Notis bertarikh 15 Mei daripada PBB itu dipaparkan di platform media sosial rasmi Wisma Putra semalam.

Mengikut notis itu, Setiausaha Agung PBB bertindak atas kapasiti­nya sebagai depositori memaklumkan bahawa penarikan diri Malaysia dari instrumen itu berkuat kuasa pada 29 April 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

Notis PBB itu juga menyatakan pemberitahuan mengenai penarikan diterima daripada Menteri Luar Malaysia seperti berikut: 

“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik instrumen penyertaannya kepada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5 April 2019. Oleh itu, Malaysia telah membatalkan surat penyertaannya dan bahawa penarikan diri ini hendaklah berkuat kuasa serta merta.

“Meskipun demikian, Malaysia kekal komited terhadap kedaulatan undang-undang dan untuk mengadili pelaku pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan baharu untuk menguatkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan akauntabiliti,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan Kabinet bahawa Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom ICC pada 5 April lalu. 
Statut Rom adalah triti atau perjanjian yang mengiktiraf ICC. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini