Kumpulan Hatten rai anak-anak yatim - Utusan Malaysia

Kumpulan Hatten rai anak-anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 16 Mei – Sebanyak 40 orang kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam di diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan Hatten (Hatten) di Hotel Hatten Place di sini hari ini.

Program itu dianjurkan bagi menghargai golongan tersebut selain menyemarakkan sambutan bulan Ramadan.

Pengarah Urusan Hatten, Datuk Edwin Tan berkata, majlis itu dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan hotel dengan anak-anak yatim terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak pengurusan hotel amat berbesar hati kerana dapat berkongsi nikmat kesyukuran dan menggembirakan anak-anak yatim ini.

“Kita mahu golongan ini tahu bahawa mereka tidak pernah dilupakan, malah banyak pihak yang mengambil berat tentang kebajikan mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis itu sebentar tadi.

DATUK EDWIN TAN (berdiri) melayan sebahagian daripada anak-anak dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam pada majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan Hatten di Hotel Hatten Place di Banda Hilir, Melaka sebentar tadi.  –  UTUSAN ONLINE/SUFFIAN ABU BAKAR

Pada program itu, anak-anak yatim turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian secara langsung oleh kumpulan kombo polis bantuan Hatten, tayangan filem Upin & Ipin, agihan belon serta persembahan badut.

Pada akhir program tersebut anak-anak yatim itu turut diberikan sumbangan duit raya dab beg cenderahati istimewa dari pihak Hatten. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini