AS bangunkan peluru berpandu berpisau sasar pengganas - Utusan Malaysia

AS bangunkan peluru berpandu berpisau sasar pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Amerika Syarikat dilaporkan telah membangunkan sebuah peluru berpandu tanpa bahan letupan dalam misi memerangi pengganas.

Menurut akhbar The Wall Street Journal baru-baru ini, peluru berpandu tersebut yang dinamakan sebagai R9X merupakan sebuah peluru berpandu AGM-114 Hellfire yang telah diubah suai.

Menurut laporan itu lagi, R9X tidak membawa sebarang bahan peledak konvensional, namun ia pasang dengan enam bilah pisau yang akan keluar dari badan peluru berpandu tersebut sejurus ia tiba tepat pada sasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peluru berpandu ini boleh dioperasikan pada pesawat terbang termasuk pesawat tanpa pemandu (UAV) dan helikopter.

Difahamkan, senjata tersebut mula dibangunkan sewaktu era Presiden Barrack Obama dengan tujuan untuk mengelakkan orang awam daripada menjadi mangsa.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa sehingga kini, sekurang-kurangnya ia telah digunakan sebanyak dua kali iaitu di Syria pada Februari 2017, dan di Yemen pada Januari lepas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini