KUALA LUMPUR 13 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, di sini hari ini.
Ketibaan Baginda dan Raja Permaisuri Agong disambut Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Yang turut menyambut keberangkatan Seri Paduka ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd.Nawawi; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar Yahya.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 2,000 anggota ATM.
Dalam majlis berkenaan, Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan kepada 50 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim (STAY) ATM. – UTUSAN ONLINE











