De Ligt akui sedang berbincang tentang masa depannya - Utusan Malaysia

De Ligt akui sedang berbincang tentang masa depannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Mei – Kapten Ajax, Matthijs de Ligt mengakui, dia mungkin beraksi buat kali terakhir bersama kelab itu, musim ini.

Pemain muda Belanda itu, dikaitkan bakal meninggalkan Amsterdam, musim panas ini, selepas mempamerkan persembahan luar biasa bersama skuad bimbingan Erik ten Hag tersebut.

Barcelona telahpun bersetuju dengan perjanjian bernilai 75 juta pound (RM405 juta) untuk menandatangani rakan sepasukan de Ligt, Frenkie de Jong dan dalam masa sama berharap akan turut dapat membawa masuk pemain pertahanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Catalans perlu menjual pemain seperti Philippe Coutinho bagi mendapatkan peruntukan untuk perpindahan tersebut dan faktor itu telah membuka peluang kepada Manchester United serta Liverpool.

Pertahanan itu pernah bercakap tentang perasaan kagumnya terhadap Virgil van Dijk sebelum ini, sementara United pula sememangnya amat memerlukan khidmat bek tengah tersebut.

Selepas menjuarai liga bersama Ajax, semalam, de Ligt mengakui, dia ada berbincang untuk meninggalkan kelab itu. Ketika ditanya sama ada dia melakukan penampilan terakhir bersama Ajax, de Ligt berkata: “Saya masih belum tahu lagi. Memang ada perbincangan, tetapi masih belum ada sebarang perjanjian.”

Bagi mendapatkan khidmat De Ligt, pemain itu dijangka memiliki tanda harga sebanyak 80 juta pound (RM432 juta), ini bermakna dia bakal memecah rekod sebagai pemain pertahanan termahal di dunia.

Ajax realistik tentang peluang mereka mengekalkan pemain itu, apabila kelab tersebut tidak menunjukkan sebarang isyarat untuk melepaskan de Ligt sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 bulan lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini