BANGKOK 13 Mei – Sebanyak 11 parti politik kecil Thailand yang masing-masing meraih satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum pada 24 Mac lalu, mengumumkan untuk menyertai Parti Palang Pracharat (PPRP) yang pro junta untuk membentuk kerajaan.
Kesemua 11 anggota Parlimen itu juga bersetuju untuk mengundi Jeneral Prayuth Chan-o-Cha sebagai Perdana Menteri untuk memimpin negara.
Pemimpin Parti Ponlamuang Thai, Sampan Lertnuwat berkata, kesemua 11 anggota Parlimen itu bersetuju memberi sokongan kepada PPRP dan Prayuth untuk menubuhkan kerajaan bagi memacu negara ke masa hadapan.
“Kami akan memantau PPRP dalam menjalankan pemerintahan negara,” katanya.
Berikutan pengumuman itu, Prayuth berkemungkinan besar kekal sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan baharu pada awal Jun. – BERNAMA











