MIAMI 13 Mei- Seorang lelaki maut manakala seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas berlaku insiden berbalas tembakan dekat resort Trump, di sini.
KENTRELL DESEAN GAULDEN juga dikenali sebagai NBA YoungBoy dan pengawal peribadinya dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.- AGENSI
Polis berkata suspek dikesan memiliki beberapa senjata api termasuk senapang AK-47.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penyanyi rap, Kentrell De Sean Gaulden, 19 dan pengawal peribadinya dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.
Keduanya kini ditahan polis untuk soal siasat.
Polis yang berkawal sekitar lokasi kejadian sedang memburu suspek ketiga.-AGENSI











