3 Mayat ditemui bersama busur silang di bilik hotel - Utusan Malaysia

3 Mayat ditemui bersama busur silang di bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 12 Mei – Polis sedang menyiasat mengenai penemuan tiga mayat warga Jerman dengan senapang seperti busur silang di sebuah bilik hotel di bandar Passau, sempadan Austria, di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat awal, dua daripada mangsa adalah wanita berusia 30 dan 33 tahun manakala seorang lagi lelaki berusia 53 tahun.

Kesemua mereka dikatakan tinggal di bilik tersebut sejak Jumaat lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Siasatan awal juga tidak menunjukkan sebarang bukti mengenai penglibatan orang ketiga dalam kejadian itu.

Bagaimanapun kesemua mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini