WASHINGTON 12 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping dijangka mengadakan pertemuan bukan depan ketika Persidangan G20 untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan.
AFP yang memetik Penasihat Ekonomi White House, Larry Kudlow sebagai berkata, bagaimanapun tiada rundingan lain akan dilakukan selain kemelut itu.
Dua negara perdagangan terbesar dunia itu menamatkan rundingan dua hari di Washington, kelmarin lalu, tanpa sebarang persetujuan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kudlow menegaskan yang AS tidak akan mengaku kalah sebaliknya sedang cuba meredakan kebimbangan yang proses rundingan masih sedang berjalan. -AFP











