KAHERAH 12 Mei – Seorang lelaki warga Mesir yang menembak mati 10 orang termasuk seorang anggota polis dalam satu serangan di gereja Saint Mina Coptic di Helwan, di pinggir selatan Kaherah, di sini dua tahun lalu dijatuhkan hukuman mati.
Mahkamah Kaherah membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh yang juga mempunyai rangkaian dengan kumpulan pengganas Daesh itu bersalah melakukan perbuatan itu.
Selain itu, pendakwaan turut berjaya membuktikan suspek memiliki senjata dan bom.
Memuatkan artikel berkaitan…
Seorang lagi tertuduh yang didapati bersama-sama melakukan perbuatan itu turut dijatuhkan hukuman yang sama manakala empat lagi tertuduh dikenakan hukuman penjara seumur hidup. -AFP











