Pengarah filem Colombia ditembak mati - Utusan Malaysia

Pengarah filem Colombia ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA 10 Mei – Seorang pengarah filem ditembak mati semalam ketika melakukan penggambaran dokumentari berkaitan mangsa keganasan di timur laut negara ini.

Mangsa, Mauricio Lezama dilaporkan sedang mengumpul testimoni daripada mereka yang mengalami insiden keganasan ketika perang saudara sebelum ditembak mati oleh empat lelaki bersenjata di pekan Arauquita.

Menurut gabenor Ricardo Arevalo, beliau mendakwa kumpulan pemberontak Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dokumentari terbabit yang berjudul Mayo, didedikasikan untuk seorang jururawat wanita yang dibunuh di kawasan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini