KUALA LUMPUR 10 Mei – Mesyuarat khas bersama barisan pimpinan UMNO yang diadakan sebelum sambutan Hari Ulang Tahun ke- 73 UMNO esok akan membincangkan dua agenda utama membabitkan kedudukan semasa parti.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, dua agenda tersebut melibatkan hal-hal kerangka pindaan Perlembagaan parti dan pembentukan piagam bersama antara UMNO-Pas.
Katanya, mesyuarat itu bagaimanapun akan dilakukan secara tertutup dan tiada pengumuman akan dibuat selepas itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Perkara ini masih dalam peringkat perbincangan secara bersama dan tiada perkara yang boleh diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam sesi wawancara khas bersama Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











