Lebih 500 mesin judi dilupus IPD Ampang Jaya - Utusan Malaysia

Lebih 500 mesin judi dilupus IPD Ampang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Lebih 500 unit barang rampasan kes perjudian haram antaranya mesin judi jenis slot, komputer dan laptop bernilai kira-kira RM500,000 dilupuskan oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, kesemua mesin judi tersebut melibatkan 26 kertas siasatan dari 2016 hingga awal tahun lalu.

“Jumlah ini boleh dikatakan berkurang kira-kira 60 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini disebabkan orang ramai kini hanya menggunakan telefon pintar serta tablet dan tidak lagi perlu berada di premis tertentu untuk bermain judi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelupusan mesin perjudian komputer IPD Ampang Jaya di Balai Polis Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pandan Indah, di sini hari ini.

Ujarnya, berikutan perubahan teknologi yang semakin maju, tiada lagi premis judi haram dikesan beroperasi di sekitar kawasan Ampang Jaya.

“Modus operandi mereka dah berubah, jadi lebih sukar untuk pantau aktiviti judi haram ini.

“Namun kita akan cuba untuk tangani masalah ini dari semasa ke semasa,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini