Polis Marin patahkan cubaan seludup bakau - Utusan Malaysia

Polis Marin patahkan cubaan seludup bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Sebanyak 1,100 batang kayu bakau yang dianggarkan bernilai RM385,000 dan dipercayai diperoleh secara haram dari dua kawasan berbeza dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima, Sarikei, Sarawak kelmarin.

Memetik laporan portal Utusan Borneo, kejayaan tersebut adalah hasil risikan anggota Unit Risik PPM dan Jabatan Hutan Sarikei.

Komander PPM Wilayah Lima, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata kepada portal itu, bakau-bakau tersebut telah dijumpai di kawasan Sungai Lobak Batu dan kawasan Sungai Kerapu, dekat Sarikei.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di kawasan Sungai Lobak Batu, kita telah menemukan dua longgokan kayu bakau pelbagai saiz lebih kurang 500 batang, manakala di kawasan Sungai Kerapu, berjaya menemukan lima longgokan kayu pelbagai saiz lebih kurang 600 batang.

“Siasatan awal mendapati kesemua bakau terbabit dipercayai telah ditebang atau diperoleh secara tidak sah kerana tiada sebarang tanda hak milik dan tanda cukai,” jelasnya,

Menurut Salehuddin, kawasan tersebut juga merupakan kawasan hutan simpan (bakau).

Tambahnya, kesemua kayu bakau tersebut telah dirampas serta kes diserah kepada pihak Jabatan Hutan Sarikei untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini