100 fakir miskin warga Kemboja diraikan NGO Antarabangsa - Utusan Malaysia

100 fakir miskin warga Kemboja diraikan NGO Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Seramai 100 fakir miskin warga Kemboja diraikan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa dalam majlis keraian di Phonm Penh, Kampung Sempadan Kemboja, Vietnam baru-baru ini.

MUSTAPHA AHMAD MARICAN
MUSTAPHA AHMAD MARICAN (duduk, dua dari kiri) mendengar ucapan ketua kampung  dalam majlis keraian di Phonm Penh, Kampung Sempadan Kemboja, Vietnam baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, antara bantuan diberikan kepada golongan sasaran itu adalah beras serta keperluan asas bagi menyambut bulan Ramadan.

“Kali ini program dilakukan tidak begitu besar berbanding sebelum ini memandangkan kita kekurangan sumbangan daripada pihak penderma. Bagaimanapun NGO Antarabangsa yakin mampu menambah baik bantuan ini pada masa hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita perlu mengambil langkah berjimat cermat kerana kebanyakan harga barang keperluan sudah meningkat. Saya berharap penduduk kampung di sini peka dengan kekurangan jiran tetangga dan sentiasa terbuka untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN 100 fakir miskin warga Kemboja yang menerima bantuan daripada NGO Antarabangsa di Phonm Penh, Kampung Sempadan Kemboja, Vietnam baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE 

Mengulas lanjut, Mustapha yang dinobatkan Anugerah Khas Tokoh NGO Antarabangsa awal tahun lalu berkata, umat Islam perlu sentiasa memikirkan cara untuk memupuk semangat perpaduan dalam diri masing-masing dan bekerjasama untuk membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, golongan muda perlu dilatih untuk terlibat dengan kerja-kerja kebajikan bagi membolehkan mereka belajar dan menghayati erti kesusahan sekaligus mengelakkan golongan itu terjebak dalam gejala sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini