TMJ curi tumpuan, diserbu di bazar Ramadan - Utusan Malaysia

TMJ curi tumpuan, diserbu di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 8 Mei – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakukan kejutan apabila melawat dan meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Jalan Temenggong, di sini petang tadi.

Kehadiran putera sulung Sultan Johor itu mencuri tumpuan orang ramai sebelum dikerumuni apabila pengunjung dan peniaga menyedari kehadirannya yang singgah di bazar itu secara tiba-tiba.

Tunku Ismail meluangkan masa kira-kira setengah jam melihat serta membeli juadah selain sempat beramah mesra dengan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.

Memuatkan artikel berkaitan…
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim melihat juadah berbuka puasa dan bertanyakan sesuatu kepada peniaga nasi
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim melihat juadah berbuka puasa dan bertanyakan sesuatu kepada peniaga nasi ayam semasa singgah di Bazar Ramadan Jalan Temenggong, bandar Kulai, Johor, petang tadi. – UTUSAN ONLINE/ Ihsan Royal Press Office (RPO)

Peluang tersebut diambil para pengunjung untuk berswafoto bersama-sama Tunku Ismail yang tidak lekang dengan senyuman semasa bertemu mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini