Presiden NFF didakwa rasuah - Utusan Malaysia

Presiden NFF didakwa rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA 8 Mei – Presiden Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF), Amaju Pinnick dan empat pegawai atasan didakwa rasuah, termasuk menggelap­kan jutaan dolar daripada ba­dan induk bola sepak du­nia, FIFA, kata sumber mah­kamah, hari ini.

Panel Siasatan Khas Presi­den untuk Pemulihan Harta Awam (SPIP) mengemukakan dakwaan terhadap Pinnick, dua Naib Presiden NFF, Seyi Akinwunmi dan Shehu Dikko, Setiausaha Agung, Sanusi Mohammed serta ahli jawatankuasa, Ahmed Yusuf.

Tuduhan tersebut melibatkan kegagalan pegawai-pe­ga­wai berkenaan mengisy­ti­harkan aset mereka yang membabitkan konflik ber­ke­pe­ntingan dan turut didakwa menggelapkan AS$8.4 juta (RM34 juta) yang dibayar oleh badan bola sepak dunia, FIFA kepada Nigeria untuk menyertai Piala Dunia 2014 di Brazil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua tertuduh perlu hadir ke Mahkamah Tinggi Persekutuan di ibu negara Abuja pada tarikh yang akan diumumkan kemudian. Pegawai-pegawai bola sepak tersebut disiasat pada tahun lepas oleh SPIP, yang pada mulanya membebaskan mereka de-ngan ikat jamin.

Pegawai NFF yang terlibat telah mengambil tindakan un­dang-undang untuk menghentikan siasatan, dan berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi mengetepikan waran tangkap mereka.

Satu lagi kumpulan pegawai NFF sedang menghadapi perbicaraan kerana dakwaan penyelewengan yang melibat­kan geran FIFA sebanyak AS$9.5 juta (RM39 juta) kepada Nigeria. Kes itu ditangguhkan sehingga 30 Mei ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini