KATHMANDU 8 Mei- Pendaki tersohor, Richard Hidalgo ditemukan mati di gunung Makalu di sini, baru-baru ini.
Mayat Hidalgo, 52, dijumpai pemandu pendaki Sherpa dalam sebuah khemah pada ketinggian 6,600 meter.
Seorang pendaki dikenali sebagai Mingma Sherpa dari Seven Summit Trek memberitahu Hidalgo dipercayai mati ketika tidur.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami sedang mencari jalan untuk membawa mayatnya turun,” katanya.
Pendakian Hidalgo di gunung itu adalah sebahagian daripada usahanya untuk menawan 14 gunung tertinggi dunia.
Setakat ini, beliau berjaya menawan lima gunung termasuk Annapurna.-AFP











