Pemandu pengarah MSNT meninggal ketika solat Tarawih - Utusan Malaysia

Pemandu pengarah MSNT meninggal ketika solat Tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 8 Mei – Seorang kakitangan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) rebah dan meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat Tarawih di surau berdekatan Kem Seri Pantai, Seberang Takir di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Abdul Ghani Ngah, 56, yang merupakan pemandu kepada Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu dikatakan bersolat bersama atlet-atlet di surau berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Seberang Takir untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abdul Ghani yang tinggal di Kampung Gong Tok Nasek di sini dikatakan membawa Pengarah MSNT untuk memantau atlet membuat latihan di bulan Ramadan.

Jenazah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk pengkebumian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini