Reds hebat kerana Klopp - Utusan Malaysia

Reds hebat kerana Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 8 Mei – Jose Mourinho jarang bercakap perkara baik mengenai Liverpool.

Bagaimanapun hari ini, bekas pengendali Manchester United itu tidak dapat menahan diri daripada memuji Jurgen Klopp selepas membawa Reds mara ke final Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut.

Liverpool melakar kemenangan sensasi 4-0 ke atas juara Sepanyol, Barcelona dalam separuh akhir kedua di Anfield, sekali gus mara secara agregat 4-3.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua jaringan cantik pemain gantian, Georginio Wijnaldum dan dua gol Divock Origi memastikan Reds bangkit daripada kekalahan 0-3 di Camp Nou, minggu lalu.

“Ini semua tentang dia (Klopp).

“Keputusan Liverpool adalah pantulan atau tindak balas daripada personalitinya, tidak kenal erti putus asa, semangat juang tinggi.

“Apa yang ditunjukkan Liverpool hari ini adalah tentang mentaliti Jurgen,” kata Mourinho ketika menjadi pengulas BeIN Sports. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini