Dua maut dalam kemalangan di jalan Kelawat-Kota Belud - Utusan Malaysia

Dua maut dalam kemalangan di jalan Kelawat-Kota Belud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Dua lelaki maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kelawat-Kota Belud kira-kira 5.45 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu pacuan empat roda berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan kes itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima pangilan mengenai kejadian itu pukul 5.51 pagi dan sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba Kota Belud dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.37 pagi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini