LONDON 5 Mei – Kejayaan Donny van de Beek meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Tottenham 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara membuatkan Spurs mahu mendapatkannya pada musim depan.
Pemain Ajax itu dipantau Spurs sebagai pengganti Christian Eriksen bagaimanapun mereka perlu bersaing dengan dua kelab gergasi Jerman iaitu Bayern Munich dan Borussia Dortmund.
Begitu pun, Tottenham mempunyai hubungan yang baik bersama Ajax membolehkan mereka membawa masuk Eriksen, Jan Vertongen dan Davison Sanchez jadi tidak mustahil De Beek akan menyertai Spurs yang bernilai 45 juta pound (RM245 juta).
Mauricio Pochettino diberi jaminan untuk menerima peruntukan besar pada musim panas ini meskipun kelab tersebut sudah membelanjakan 1 bilion pound (RM5.4 bilion) bagi pembinaan stadium baharu malah Spurs tidak membawa pemain baharu sejak Lucas Moura pada Januari 2018.
Jack Grealish, Wilf Zaha dan Ryan Sessegnon turut berada dalam Spurs. – AGENSI











