Soal jawab puasa - Utusan Malaysia

Soal jawab puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

1 Apakah hikmah di sebalik puasa?

Puasa adalah madrasah akhlak yang besar dalam melatih keperibadian mukmin, melawan hawa nafsu dan tergoda dengan tipu daya syaitan. Puasa mengajar erti amanah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sentiasa sama ada dalam sir atau terang-terangan. Begitu juga menguatkan semangat dalam menambahkan lagi kesabaran.

Puasa membawa seorang mukmin mempunyai nizam dan disiplin yang tinggi. Hal ini berdasarkan waktu yang dihadkan untuk makan dan perlakuan ibadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

2 Hukum suntik insulin bagi pesakit diabetes kronik pada siang hari di bulan Ramadan:

Para ulama telah membincangkan berkenaan hukum menyuntik apa-apa suntikan ketika siang bulan Ramadan.

n Jika suntikan itu suntikan yang mendatangkan khasiat dan tenaga maka ia membatalkan puasa. Ia sama sahaja seperti makan dan minum dengan sengaja.

n Jika suntikan itu melalui urat yang bersambung dengan rongga. Ini kerana ia menyebabkan ubat itu sampai kepada rongga. Maka ia membatalkan puasa.

n Jika suntikan itu dilakukan melalui otot-otot badan atau anggota badan yang lain seperti paha atau lengan maka ia tidak membatalkan puasa.

3 Bolehkah memberi makan kepada bukan Muslim dan wanita uzur syar’ie di siang hari Ramadan?

Hukum memberi makan kepada bukan Muslim dan wanita yang mempunyai uzur syar’ie di siang hari pada bulan Ramadan adalah harus atas dasar tolong menolong dalam perkara kebajikan. Namun perlu mengikut beberapa syarat dan garis panduan iaitu tidak makan di tempat terbuka dan hendaklah mengutamakan golongan yang benar-benar memerlukan seperti sanak saudara yang bukan Islam, jiran-jiran yang miskin dan murid-murid di sekolah daif.

4 Hukum memilih masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih:

Perbuatan memilih masjid tertentu untuk dilaksanakan padanya solat tarawih, dengan tujuan untuk menambah kekhusyukkan melalui bacaan imam yang merdu dan suasana masjid yang selesa, adalah dibolehkan.

5 Hukum tidur sebelum berbuka, bangun setelah Subuh:

Puasa bagi seseorang yang tidur sebelum berbuka dan bangun setelah terbitnya fajar sadiq adalah tidak sah mengikut pandangan jumhur ulama. Bahkan dia perlu menggantikan (qada) puasanya hari tersebut pada hari yang lain.

6 Hukum menggunakan tampon ketika berpuasa:

Tampon ditakrifkan sebagai penyumbat daripada kain tiras, kapas, dan lain-lain yang dibubuh pada luka atau ke dalam rongga badan untuk menahan darah, menyerap kumuh, dan lain-lain. Oleh itu, hukum memasang tampon di faraj ketika berpuasa adalah membatalkan puasa jika dimasukkan ke dalam rongga badan melalui saluran yang terbuka. Namun, jika dilakukan sebelum terbit fajar dan dikeluarkan selepasnya, maka tidak membatalkan puasa kerana berlakunya kemasukan itu sebelum imsak dan bukan ketika puasa.

7 Hukum berbekam ketika berpuasa:

Mengikut pandangan jumhur ulama bekam tidak membatalkan puasa.

8 Hukum menderma darah ketika berpuasa:

Hukum menderma darah ketika berpuasa adalah harus dan juga tidak membatalkan puasa. Sekiranya dengan menderma darah boleh melemahkan tubuh badan seseorang, maka ia makruh.

9 Hukum orang yang puasa tetapi tidak solat:

n Pendapat pertama: Mengikut pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini, mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat.

n Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”.

Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini