JOHOR BAHRU 4 Mei – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan mengapa perbuatan baik yang dilakukan ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak dikongsi kepada umum.
Tunku Ismail dalam laman Twitter peribadinya menulis;
“Berapa banyak tanah Sultan Johor yang diberi kepada rakyat dan kerajaan sejak dulu hingga ke hari ini? Berjuta duit kurniaan kepada kerajaan.
“DYMM (Duli Yang Maha Mulia) selesaikan hutang kerajaan masa tahun kedua jadi Sultan. Berapa juta ke yayasan-yayasan? Benda baik tidak dikongsi,” soalnya.
Kenyataan dibuat beliau dipercayai berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengulas dakwaan sebidang tanah di Bukit Chagar telah ditukar milik ke atas nama Sultan Johor. – UTUSAN ONLINE











