KUALA LUMPUR 2 Mei – Penyedia penyelesaian insurans dan insurans semula yang berpangkalan di Switzerland, Allied World Assurance Company Holdings, GmbH telah mewujudkan kemudahan takaful semula Allied World Assurance Company Ltd di Labuan, Malaysia.
Naib Presiden, Pengurus Negara dan Pejabat Induk Cawangan Labuan, Ramesh Sivanathan berkata, syarikat teruja untuk menyokong cita-cita Malaysia menjadi hab insurans Islam antarabangsa dihormati.
“Kami berbesar hati untuk menyokong segmen pasaran Malaysia ini yang sedang berkembang pesat,” katanya.
Kemudahan itu akan memberi perkhidmatan kepada pengguna dan peluang takaful semula am komersial merangkumi hartanah, kematian, pembinaan dan kejuruteraan, bidang profesional, liabiliti penjagaan kesihatan, kargo marin dan kemalangan persendirian berkumpulan.
Butiran lanjut boleh didapati di www.awac.com – BERNAMA











