Penurunan penarafan kredit tidak jejaskan keyakinan pelabur di Malaysia - AmCham - Utusan Malaysia

Penurunan penarafan kredit tidak jejaskan keyakinan pelabur di Malaysia – AmCham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Penarafan kredit Malaysia yang berpotensi diturunkan setakat ini tidak menjejaskan keyakinan pelabur Amerika di Malaysia dan sebarang kemungkinan aliran keluar pelaburan asing yang berlaku akibat daripadanya, dilihat sebagai kesan jangka pendek.

Presiden Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AmCham), Ramzy Toubassy berkata, banyak syarikat yang menjadi ahlinya telah melabur secara besar-besaran di Malaysia, dan mereka melihat kepada infrastruktur, peluang dan kemudahan yang disediakan berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tidak akan pergi hanya kerana seseorang telah menjatuhkan atau menurunkan taraf Malaysia.

“Penurunan taraf atau peningkatan taraf adalah untuk jangka pendek. Selagi hubungan dengan kerajaan Malaysia diteruskan dan kami ada ketelusan, kestabilan dan ke mana arah kami di masa hadapan, tidak ada alasan untuk kami meninggalkan negara ini,” katanya kepada Bernama pada wawancara baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini