Dayana Roza 'mesra' mat rempit - Utusan Malaysia

Dayana Roza ‘mesra’ mat rempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Dayana Roza mendedahkan dia tidak kisah sekiranya didekati golongan mat rempit.

Enggan skeptikal terhadap mat rempit, Dayana atau nama sebenarnya Dayana Kamsun Baharin, 29, berkata, golongan itu tidak sepatutnya dilabel sebagai jahat oleh umum.

Menurut Dayana, sejak menyertai Spark Malaysian Club (Spark) dia mula menyedari keistimewaan golongan itu terutama dalam erti persahabatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk golongan mat rempit. Saya tidak pernah mempunyai pengalaman buruk sepanjang bergaul dengan mereka.

“Hubungan persahabatan antara mereka umpama kawan sampai mati,” katanya ketika ditemui di pengumuman pelakon filem Marabahaya Underground di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh baru-baru ini.

Mengulas mengenai filem Marabahaya Underground, Dayana memberitahu, ini adalah kali pertama dia akan terlibat dalam sebuah filem sukan kereta lasak.

“Saya hanya perlu membuat persediaan fizikal memandangkan penggambaran dijangka sekitar Ramadan dan dilakukan di Perak,” katanya.

Selain Dayana, turut membintangi filem tersebut ialah Akim Ahmad, Hazama dan Alvin Chong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini