Syarikat pembekal benih padi tidak ikut piawaian akan dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

Syarikat pembekal benih padi tidak ikut piawaian akan dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 29 April – Syarikat yang diberi kontrak membekalkan benih padi sah tidak mengikut piawaian ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas berdepan tindakan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengarahkan laporan lengkap dibuat terhadap kesemua sembilan syarikat terbabit.

“Saya sudah arahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Salim Parlan untuk menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mengkaji prestasi syarikat terlibat, sama ada mereka beroperasi mengikut prosedur ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rungutan daripada pihak petani berhubung perkara ini saya ambil maklum dan kita akan berusaha untuk mengatasinya, tidak mahu ia berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran My Green Team di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat, di sini sebentar tadi.

Semalam, laporan eksklusif Mingguan Malaysia mendedahkan petani menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan benih padi sah sehingga terpaksa menggunakan benih padi tidak sah.

Tambah Salahuddin, sehubungan itu pihaknya menasihati petani untuk mendapatkan bekalan benih padi sah daripada syarikat yang dilantik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini