Lokman Adam akan dipanggil isu penganjuran Sesi Teh Tarik - Utusan Malaysia

Lokman Adam akan dipanggil isu penganjuran Sesi Teh Tarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung isu penganjuran Sesi Teh Tarik 4 Putera Mahkota Bersama Rakyat yang tular sejak kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beberapa laporan polis telah diterima dan kertas siasatan berhubung isu berkenaan juga telah dibuka.

“Ya, kami memang ada menerima laporan berhubung penganjuran program berkenaan dan buat masa ini siasatan yang dilakukan menjurus kepada Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila laporan diterima dan kertas siasatan dibuka, sudah tentu kita akan panggil dia (Lokman),” katanya pada satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dan Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ruslan Khalid.

Terdahulu, Pejabat Raja Muda Selangor telah mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin dengan program berkenaan yang dipromosikan sebagai ‘Santai Teh Tarik Bersama 4 Putera Mahkota’.

Turut menafikan penyertaan adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan sumber Istana Pahang berkata, Tengku Hassanal telah bertitah supaya namanya tidak digunakan oleh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran rasmi istana.

Dalam pada itu, Lokman melalui sebaran di aplikasi Whatsapp menjelaskan bahawa program berkenaan merupakan program istana dan bukan programnya.

“Sebaik menerima pesanan serta poster acara berkenaan daripada seorang sahabat yang rapat dengan Tengku Mahkota Johor, saya terus sebarkan dan tulis akan hadir.

“Program itu program mereka, saya cuma tolong sebar bagi meramaikan lagi program tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Pejabat Raja Muda Selangor menafikan penglibatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah dalam prog
Pejabat Raja Muda Selangor turut menafikan penglibatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah dalam program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota seperti tertera dalam poster yang tular baru-baru ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini