Bursa Malaysia dibuka rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini dan penurunan harga minyak dunia, kata peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.32 mata kepada 1,636.06, daripada paras penutup 1,638.38 pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka susut 1.08 mata kepada 1,637.30.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 136 berbanding 114, manakala 195 kaunter tidak berubah, 1,467 tidak diniagakan dan 60 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 160.01 juta saham bernilai RM52.87 juta.

Katanya, FBM KLCI dijangka bergerak lebih rendah ke arah paras 1,620 hingga 1,630 dalam minggu ini berikutan jangkaan lebih banyak aliran keluar dana asing berikutan kelembapan ekonomi domestik dan global.

“Ini menyebabkan pelabur antarabangsa mengalihkan peruntukan aset mereka ke instrumen selamat seperti pasaran bon dan pasaran wang,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini