Bottas takluk GP Azerbaijan - Utusan Malaysia

Bottas takluk GP Azerbaijan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU 29 April – Kesungguhan yang ditunjukkan Valtteri Bottas sejak awal perlumbaan membolehkan pemandu Mercedes itu mengetepikan rakan sepasukan, Lewis Hamilton untuk menjuarai Grand Prix Formula Satu Azerbaijan hari ini.

Dalam perlumbaan penuh dramatik itu, Bottas melepasi garisan penamatkan dengan 1.5 saat mengatasi Hamilton, sekali gus membolehkan Mercedes mendominasi kedudukan 1-2 buat kali keempat berturut-turut.

Kemenangan kedua Bottas musim ini membolehkan dia mendahului kedudukan keseluruhan pemandu dunia dengan 87 mata, satu mata mengatasi Hamilton.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menamatkan perlumbaan di tangga ketiga manakala Max Verstappen dari Red Bull di tempat keempat.

“Kami melakukan tugas dengan hebat. Persembahan yang sangat…sangat mantap. Saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

“Ia perlumbaan yang sengit tetapi kami menunjukkan prestasi yang amat bagus.

“Lewis juga memberi tekanan tetapi semuanya terkawal,” kata Bottas yang memulakan saingan dari petak pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini