Aguero pastikan City tidak tercicir mata - Utusan Malaysia

Aguero pastikan City tidak tercicir mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 April – Jaringan tunggal Sergio Aguero memastikan Manchester City kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menumbangkan Burnley 1-0 di Turf Moor sebentar tadi.

Terdahulu pencabar terdekat, Liverpool yang meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Huddersfield, semalam berjaya berada di puncak buat sementara waktu.

Namun, jaringan Aguero pada minit ke-63 sudah cukup untuk skuad Citizens meraih tiga mata, sekali gus mendaki semula kedudukan teratas liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad bimbingan Pep Guardiola kini mengatasi Liverpool, yang berada di tempat kedua menerusi satu mata, dengan berbaki dua perlawanan untuk saingan liga musim ini.

Sekiranya City terus mempamerkan aksi konsisten dalam dua perlawanan terakhir, maka hasrat Liverpool untuk menamatkan kemarau kemenangan trofi EPL selama 29 tahun itu akan terus berpanjangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini