Malaysian Tigers mampu muncul juara - Utusan Malaysia

Malaysian Tigers mampu muncul juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 April – Biarpun gagal mencatat kemenangan kedua selepas diikat 4-4 oleh China hari ini, namun pengendali hoki Malaysia, Roelant Oltmans optimis anak-anak buahnya mampu menamatkan aksi Kumpulan B Siri Akhir FIH selaku juara.

Keputusan seri ke atas China itu menyebabkan Malaysia kini berada di tangga kedua dengan empat mata, dua mata di belakang pendahulu Itali, yang telah meraih dua kemenangan.

Malaysian Tigers kini harus meraih kemenangan ke atas Itali pada esok andai mahu bergelar juara Kumpulan B bagi mendapatkan slot automatik ke separuh akhir pada Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Oltmans berkata, beberapa kesilapan dilakukan oleh bahagian pertahanan menjadi punca utama China berupaya menyamakan kedudukan hingga tamat perlawanan pada hari ini dan menegaskan dia akan memastikan perkara sama tidak berulang sewaktu menentang Itali, esok.

“Kami akan cuba memperbaiki beberapa kelemahan terutama ketika berdepan pukulan sudut penalti lawan menjelang perlawanan menentang Itali nanti.

“Aksi menentang Itali amat penting buat pasukan kami dan kami tidak boleh memandang mudah pihak lawan pada aksi esok.

“Saya juga masih berkeyakinan tinggi bahawa Malaysia mampu menamatkan aksi di tangga teratas Kumpulan B,” katanya.

Berdasarkan dua rekod pertemuan antara Malaysia dan Itali menyaksikan pasukan negara pernah seri 4-4 dalam Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik pada 2008 dan menang sekali dengan keputusan 3-1 ketika Piala Dunia 1978. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini