Kaki kanak-kanak lelaki tersepit pada eskalator - Utusan Malaysia

Kaki kanak-kanak lelaki tersepit pada eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami detik cemas apabila kakinya tersepit pada sebuah eskalator pusat beli-belah di Seri Kembangan di sini petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada pukul 5.34 petang.

“Sepasukan anggota dan sebuah jentera dikerahkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang ke lokasi kejadian di tingkat dua di pusat beli-belah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati bahawa kaki kanan mangsa tersepit di celah eskalator tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa terpaksa menahan kesakitan selama setengah jam sementara menunggu kakinya dikeluarkan dengan selamat.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan kakinya dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pasukan perubatan dari Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini