Tengku Hassanal nafi terbabit program Santai Teh Tarik - Utusan Malaysia

Tengku Hassanal nafi terbabit program Santai Teh Tarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menafikan terbabit dalam program ‘Santai Teh Tarik Bersama 4 Putera Mahkota’ yang dikatakan berlangsung esok.

Sumber Istana Pahang berkata, program tersebut yang tular di laman sosial, tidak terkandung dalam jadual program Tengku Hassanal. 

“Tuanku Tengku Hassanal juga dijadualkan menghadiri program di Pahang seharian pada esok,” kata sumber itu semasa dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber tersebut juga berkata, Tengku Hassanal bertitah,  supaya namanya tidak digunakan oleh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran rasmi Istana Pahang. 

Sebelum ini, poster yang mendakwa ‘Program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota’  yang dikatakan akan berlangsung di Mahkota Parade, Bandar Hilir, Melaka pada pukul 5.30 petang esok tular di laman media sosial.  

Poster itu memaparkan gambar Tengku Hassanal, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seorang lagi ‘Putera Mahkota’ yang tidak dinyatakan identitinya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini