IPOH – Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu iaitu Datin Zaliha Nordin meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Rokam di sini akibat sakit tua sebentar tadi.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar, Allahyarhamah Zaliha meninggal dunia pada usia 79 tahun pada pukul 7.25 malam.
“Jenazah akan dibawa ke Kediaman Rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Solat jenazah dan urusan pengebumian akan dilakukan di Masjid Al-Khairiah, Kampung Kepayang di sini pada pukul 10 pagi esok,” katanya. – K! ONLINE











