JOHOR BAHRU 28 April – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melepaskan jawatan itu dan penggantinya akan diketahui selepas Aidilfitri nanti.
Pengarah Media Bersatu negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, pengumuman tersebut akan dibuat oleh Muhyiddin sendiri selaku Presiden Bersatu.
“Kita menjangkakan pengumuman nama Pengerusi Bersatu Johor yang baharu akan diumumkan oleh Presiden parti selepas Aidilfitri sebelum pemilihan parti berlangsung.
“Sebelum diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya akan membuat surat rasmi berkenaan lantikan tersebut, “ katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku ‘Bersatu Mulanya Di Sini’ di Hotel Thistle di sini hari ini.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Timbalan Bersatu negeri, Senator Ir Mohd. Nasir Hashim. – UTUSAN ONLINE











