Skuad karate remaja cemerlang kutip tiga emas - Utusan Malaysia

Skuad karate remaja cemerlang kutip tiga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia menutup tirai Kejuaraan Karate Remaja Asia dengan tambahan dua lagi pingat emas pada saingan hari terakhir di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Ia menjadikan skuad karate remaja negara berjaya mengutip keseluruhan tiga pingat emas, dua perak dan empat gangsa sepanjang kejohanan kali ini berbeza pada edisi tahun lalu tanpa sebarang pingat emas.

Dua pingat emas hari ini berjaya dimenangi A. Somanroy dalam acara kumite atas 81 kilogram (kg) dan Ooi San Hong menerusi kategori kata individu lelaki bawah 21 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Satu lagi pingat emas dalam koleksi skuad negara sebelum ini telah berjaya dimenangi S. Sureeya dalam acara kumite bawah 55kg.

Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Tan Sri Mohd. Ali Rustam menyifatkan kehadiran ketua jurulatih dari Iran, Ali Reza Souleymani berjaya mencipta impak positif buat skuad negara seperti terbukti pada kejohanan di Sabah kali ini.

“Ali Reza berjaya memulihkan kembali peranan jurulatih dalam meningkatkan prestasi atlet. Mungkin disebabkan beliau, kami berjaya memenangi pingat emas.

“Ini sesuatu yang membanggakan kerana sudah tiga tahun berturut-turut kami gagal meraih pingat emas. Jadi saya berharap dia dapat terus membimbing pasukan dengan lebih berkesan,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini