Pertama kali UMNO jejak kaki di Kompleks Pas Kedah - Utusan Malaysia

Pertama kali UMNO jejak kaki di Kompleks Pas Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 27 April – Program ceramah yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah di sini malam ini tidak seperti biasa.

Malah dilihat cukup istimewa apabila buat pertama kalinya barisan kepemimpinan dan penyokong UMNO negeri ini menjejakkan kaki di bangunan parti Islam itu.

Dengan semangat penyatuan demi kepentingan Melayu dan Islam, ribuan penyokong kedua-dua parti itu berkumpul sempena Ceramah Perdana Perpaduan Ummah yang menampilkan barisan kepemimpinan Pas dan UMNO negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara yang hadir pada ceramah tersebut ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin; Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan pemimpin-pemimpin setempat kedua-dua parti.

ORANG ramai yang hadir pada Ceramah Perpaduan Ummah Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Pas Kedah di
ORANG ramai yang hadir pada Ceramah Perpaduan Ummah Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Pas Kedah di Kedah, hari ini. – UTUSAN ONLINE/Fariz Rusadio

Lebih istimewa, program tersebut turut diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Fakhruddin ketika berucap berkata, beliau tidak pernah terbayang kedua-dua parti yang menjadi seteru sejak sekian lama itu kembali bersatu demi kepentingan Islam.

Katanya, dengan kuasa Allah, kedua-dua penyokong dapat berkumpul bersama pada program malam ini.

“Jika dahulu, apabila penyokong menoleh di sebelah nampak rakan-rakan sendiri, malam ini ada bersama penyokong UMNO. Suasana ini cukup luar biasa khususnya di Kedah.

“Pas dan UMNO akan bersatu hati untuk mengembalikan zaman kegemilangan politik Islam. Kita perlu menjaga hubungan ini,” katanya.

Sementara itu, Jamil Khir pula berkata, program yang berlangsung malam ini merupakan sejarah apabila buat pertama kalinya pemimpin dan penyokong UMNO menjejakkan kaki ke Kompleks Pas Kedah dalam suasana yang harmoni.

Dalam pada itu, penyokong kedua-dua parti tersebut sudah tidak kekok untuk duduk bersama dan ini merupakan perkembangan baik ke arah penyatuan ummah yang sememangnya diimpikan oleh umat Islam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini