KUALA LUMPUR 27 April – Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde bertemu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Forum Satu Jalur Satu Jalan di China, di mana kedua-dua mereka menyertainya.
“Saya sangat gembira untuk bertemu dengan Perdana Menteri Mahathir @chedet official #BRF2019 dan berharap dapat berjumpa dengan beliau nanti semasa lawatan saya ke Malaysia pada Jun ini,” kata Lagarde dalam Twitter hari ini.
Ketua IMF dan Dr. Mahathir sebelum ini bertemu semasa sidang kemuncak ASEAN kali ke-33 dan dalam mesyuarat berkaitan yang diadakan di Singapura pada tahun lepas. – BERNAMA
Memuatkan artikel berkaitan…











