PH bincang prestasi Kabinet minggu depan - Utusan Malaysia

PH bincang prestasi Kabinet minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 27 April – Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan secara terperinci berkaitan prestasi Kabinet dan menteri-menteri menjelang setahun pemerintahannya di peringkat Persekutuan dalam mesyuarat khas minggu depan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi menteri-menteri Kabinet sememangnya antara perkara yang sentiasa diberi penekanan serius oleh pimpinan parti bagi memastikan PH terus mendapat keyakinan dan sokongan rakyat.

“Kita dalam kepimpinan PH akan buat satu review (semakan) dan beri pandangan tentang apa yang kita dah lakukan (sepanjang tempoh setahun) ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pimpinan PH akan mengadakan satu mesyuarat minggu depan dan saya percaya benda ini (prestasi menteri) akan diberi perhatian serius,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH Kelantan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PH negeri, Datuk Husam Musa.

Dalam pada itu, Anwar berkata, hasil tinjauan Merdeka Centre bahawa sokongan terhadap PH semakin merudum boleh menjadi dorongan kepada pihaknya untuk memperbaiki prestasi sendiri, persepsi rakyat serta keputusan pernah dibuat kerajaan.

“Kita kena lihat (tinjauan) itu untuk beri perhatian terhadap kelemahan kita secara positif.

“Tetapi a survei is a survey (tinjauan adalah tinjauan), bukan pandangan definitif. Itu yang kita kena faham kerana ada setengah orang fikir ia adalah muktamad,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa wujud keresahan dalam kalangan rakyat apabila mereka membandingkan pemerintahan kerajaan terdahulu dengan kerajaan kini dan manfaat yang dinikmati mereka sebelum ini.

“Orang kata, dulu (dividen) Tabung Haji dapat lebih, Felda dapat lebih, 1MDB ada kelebihan tapi kita akan berusaha terangkan bahawa keadaan ekonomi ini terikat dengan dana yang kita ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini