Deposit baharu Tabung Haji cecah RM1 bilion - Utusan Malaysia

Deposit baharu Tabung Haji cecah RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 27 April – Kemasukan deposit baharu mencecah RM1 bilion yang dicatatkan oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) membuktikan kepercayaan rakyat terhadap agensi itu masih lagi kukuh.

“Walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan, namun ia sama sekali tidak mengugat kepercayaan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia secara tidak langsung memberi isyarat rakyat masih mempercayai kredibiliti Tabung Haji dalam menjalankan amanah untuk urusan Rukun Islam kelima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Menteri Bersama Rakyat di Pondok Raudhatul Ulum, Kampung Serendah, Chetok di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Mujahid turut menyampaikan sumbangan bagi menyiapkan pondok berkenaan.

Yang turut hadir, Pengerusi PH Rantau Panjang, Dr. Wan Shah Jihan Wan Din.

Mujahid memberitahu, pendedahan yang dibuat oleh kerajaan PH sebelum ini menambahkan lagi kepercayaan rakyat terhadap TH.

Selain itu katanya, jumlah pendeposit baharu itu berjaya mengimbangi deposit keluar dan secara purata isu kewangan TH berjaya dikawal dengan baik.

“Malah maklumat terkini daripada pengurusan Tabung Haji menyatakan bahawa institusi ini berada pada landasan yang tepat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini