Emery mahu jadikan Arsenal kelab terbaik dunia - Utusan Malaysia

Emery mahu jadikan Arsenal kelab terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 April – Unai Emery mahu Arsenal terus meningkatkan prestasi dan menjadi kelab terbaik dunia tetapi pada masa sama meminta penyokong memberikan masa kepada mereka.

Arsenal sedang berjuang untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dan kini berada di kedudukan kelima menjelang pertemuan menentang Leicester.

The Gunners juga berada di separuh akhir Liga Europa dan akan berdepan Valencia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mahu menjadikan kelab ini sebagai kelab terbaik di England dan dunia tetapi ia merupakan proses yang panjang. Sekarang ini kita perlu bersabar.

“Kami mahu bermain dalam Liga Juara-Juara tetapi perlu bersabar kerana ada lima lagi pasukan kuat dengan pemain yang bagus selain prestasi mereka sangat konsisten,” kata Emery.

Liverpool dan Manchester City sudah mengesahkan kedudukan dua teratas, Tottenham, Arsenal, Chelsea dan Manchester United sedang bergelut untuk meraih dua lagi slot ke Liga Juara-Juara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini